
THINK LIKE A MILLIONAIRE
SMART SUCCESS TEAM
Mohd Ashriee Abdul Razak
h/p:019-4725067
website:http://www.alivingmydream.com/ashriee/
email:ky7100@yahoo.com
AlhamdulillahAssalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....
Kita sudah pun dipenghujung bulan Januari 2009, begitu cepat masa berlalu tetapi yang sudah berlalu kita tak boleh nak buat apa-apa lagi samada yang berlalu itu masa yang kita gunakan adalah sebaiknya ataupun disebaliknya. Masa akan datang kita yang akan tentukan tetapi kita mestilah memilih kearah kebaikan.
Sekarang ni dimana-mana orang bercakap mengenai vss, shut down, cuti tanpa gaji dan pemberhentian kerja dan sebagainya. Terjadinya begini sudah tentu ada hikmahnya terutamanya supaya kita sentiasa beringat bahawa kita manusia ni tak dak sikit pun kuasa walaupun sekarang ini semua orang bercakap tentang teknologi yang luar biasa hebat yang kadang-kadang kita tak terfikir difikiran kita. Kita sanjung tinggi kuasa besar Amerika tetapi negara ini hampir muflis krisis kewangan. Sebab itu kita kena beringat kekuasaan Allah adalah segala-galanya, kita ni kecil jer disisi Allah swt.
Dalam keadaan sekarang sudah menjadi tugas kita memberi peluang untuk masyarakat belajar untuk libatkan diri dalam perniagaan, apa saja jenis perniagaan. SST sudah tentu perniagaan multi level marketing. Suasana sekarang perbagai bentuk perniagaan timbul, ada perniagaan yang sebenarnya dan ada juga perniagaan yang ingin mengambil kesempatan dan penipuan terjadi. Kepada yang ingin mencuba mencari peluang berhati-hatilah jangan kita tersalah pilih dan akhirnya membuangkan masa kita dan wang yang kita laburkan sebagai modal. Rampai orang yang sudah pun terkena, lompat terus melompat, syarikat tutup, salah dari segi undang-undang negara, penipuan, tak dapat income, tak dak produk, main system untuk dapat duit dan sebagainya.
Kita kena fikir baik-baik, kita nak buat perniagaan menjadi usahawan adalah sebagai suatu kerjaya yang berpanjangan untuk menyara ahli keluarga kita. Halal dan haram kita kena ambil kira sebab untuk kehidupan kita dan ahli keluarga dimasa akan datang dan kehidupan di akhirat kelak. Buat apa duit banyak tetapi tak ada keberkatan, yang penting dalam kehidupan kita adalah keberkatan. Aku masih ingat lagi mak dan ayah aku menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji ke Mekah dengan duit tanam jagung jer. Itu yang dikatakan keberkatan…
Ok cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda. Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)