
THINK LIKE A MILLIONAIRE
SMART SUCCESS TEAM
Mohd Ashriee Abdul Razak
h/p:019-4725067
website:http://www.alivingmydream.com/ashriee/
email:ky7100@yahoo.com
AlhamdulillahHari ini merupakan hari ke 6 di tahun 2009 aku berharap kita terus bersemangat di tahun baru ini. Di tahun 2009 aku telah pun menetapkan matlamat yang perlu aku capai dan matlamat itu aku tulis diatas kertas dan aku lekatkan pada diari harian aku supaya setiap hari dapat aku bacakan dan setkan dalam minda separa sedar. Matlamat aku di tahun 2009 memperolehi pangkat Smart President Director dan pada Jun 2009 pendapatan bulanan RM25,000 dan tour dekat Soul Korea.
Matlamat merupakan satu perkara yang sangat penting tetapi aku percaya masih ramai diantara kita memandang remeh soal menetapkan matlamat diri. Orang akan kata angan-angan mat jenin la, bermimpi disiang hari la dan sebagainya. Tetapi jika kita membaca dan pengalaman orang yang berjaya penetapan set matlamat adalah suatu perkara pertama yang perlu kita tetapkan sebelum melakukan perancangan, strategi dan tindakan.
Setelah kita setkan matlamat, dikepala kita sentiasa bermain dalam fikiran maka satu per satu jalan untuk mencapai matlamat tersebut
muncul. Inilah yang dinamakan Law Of Attraction(LOA) dimana kita akan menarik sesuatu yang kita fikir berulang-ulang kali. Kita mampu melakukan dan percuma untuk kita setkan matlamat dan impian yang kita inginkan.
Hari ini hari kedua aku dapat mengayuh basikal kata orang menjaga kesihatan dengan kaedah senaman mengeluarkan peluh. Badan rasa ringan sikit semasa cuti sekolah sebulan lebih aku tak berkesempatan langsung.. Dapat aku menatapi permandangan indah daerah Balik Pulau sawah padi yang menghijau.
Ok lah kita jumpa lagi, Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/