
THINK LIKE A MILLIONAIRE
SMART SUCCESS TEAM
Mohd Ashriee Abdul Razak
h/p:019-4725067
website:http://www.alivingmydream.com/ashriee/
email:ky7100@yahoo.com
AlhamdulillahAssalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....
Sekali lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidil Adha 1429 yang penuh bererti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail seharusnya kita kena mengambil iktibar dan semangat yang ditunjukkan dalam membela keindahan Islam. Pengorbanan dalam perjuangan menegakkan Islam serta kebenaran akan dihadiahkan oleh Allah dengan nikmatnya, jika tidak di dunia ia akan diberikan di Akhirat.
Dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri. Kemanisan perjuangan adalah segala dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebab itu pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjadikan kita contoh kepada kita yang mengaku Umat Islam. Oleh itu lakukanlah pengorbanan untuk menaikkan kehebatan Islam dimata masyarakat dan penganut agama yang lain. Kita dilahirkan dalam Islam adalah luar biasa hebat kita buktikan samada dari segi kepatuhan kita dengan ibadah khususi dan ibadah umumi, termasuklah dari segi ekonomi kita mampu bersaing dengan orang lain dan kita jangan lupa kepada pihak yang memerlukan.
Kesempatan ini aku menguncapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan memohon maaf jika ada kesalahan yang saya lakukan sepanjang persahabatan dan perkenalan yang lalu.
Ok cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda. Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)