Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Astaga.com lifestyle on the net: Assalaamu'alaikum. kunjungan pertama ke blog sahabat di tengah acara optimasi Astaga.com lifestyle on the net
roshidan: Dropping by from the sky with greetings and smile. Happy Prosperous New Year
Produk Halal: Kenapa Sdr Zaruki, produk MLM lain tak halal ke? Bukan hanya kerana nama & owner OK
ZARUKI: Salam ukhwah, Produk halal tanggungjawab bersama. Sila layari http://www.saudagarherba.com/zaruki
ZARUKI: Salam ukhwah, Produk halal tanggungjawab bersama. Sila layari http://www.saudagarherba.com/zaruki
Tok Ralet: Wah cucu atok dah ke mana menghilang. Semalam atuk bermimpi yg cucu akan menjadi seorang yg sgt berjaya. Amin...., cucu buat apa skrg?
masni: u buat biz ape?peluang baik ke?wat kat senawang kan
Kami: SN tutup atau tidak, itu hal mereka. Yang lebih penting ialah Smart Success Team bertambah kukuh, berpotensi & tidak pernah undur ... WE ARE THE BEST!!!
Orang Lama: Smart Naco dah tutup ke...
Orang Lama: Ini mesgti keje budak2 bangang tu lagi!
Rakan Niaga SST: Dah sebulan x updated blog...dah x buat Smart Naco lagi ke...
Rakan Niaga SST: Kenapa ramai masih gunakan nama SST walaupun dah buat bisnes lain tak buat lagi Smart Naco
Rakan Niaga SST: Wahai SST Team, apasal lah awak ni suka sangat jaga tepi kain org lain. Kalau dah tak buat SN dah lah tapi masih sayang sangat lagi pd SST. Maklumlah, SST ni kan sumber inspirasi anda semua. Ada pulak team yg masih mengekalkan nama "SMART" kerana terlalu sayangkan SST & yakin kerana SST orang akan sertai anda .. ahak .. ahak!!
SST Team: Tuan dah x buat SN ke...dah lama x updated blog...
Wan Massdi: Salam Kejayaan, semoga dirahmati Allah S.W.T
Nazliana: Salam ashriee...betul..betul..betul..slagi mncari segala kelemahan , kta x kemana.salam kejayaan..
Rakan Niaga SST: Tetamu2 sekelian, tulislah apa yg anda nak tulis di sini. SST tetap cekal. Jom gerak gempur!!!
kawan2: betullah mcm kawan cakap tu ... dapat sikit2 pun company ambil balik plak utk charge majallah Naco tu hmmmmm nak buat majallah utk ahli pun company tak ada duit ke?
Kawan lama: Fauzan Harap dapat kita saling hormat menghormati. Nak promosi bisnes pun tengok2 la kawan2 lama jangan nak runtuhkan bisnes orang . ALLAH akan balas balik nanti...
Salam Kenal: Salam kenal dari saya..Semoga terus sukses hendaknya..
Tok Ralet: Wah wah cucu atok ni, makin handsome dan pandai menulis blog. Tok doa cucu berjaya mencapai Impian 2009
Mat Naco: Selamat 1430H...
Mohon disebarkan: Lawat, sign & sebarkan
Fauzan: Tahniah!! semoga berjaya mencapai impian..
dinsmart: To "Kawan"- Hasil apapun adalah dari usaha dan tindakan kita sendiri. andai anda buat tiada hasil, YYY orang lain dah pakai Merc.BMW..??? tepuk kepala chek balik usaha.
kawan: En Ashriee saya ingat saya nak surrender dari Smart Naco .. Dah lama tak nampak hasil pun.. Saya tak mau buat MLM lagi la...
mr_don: selamat hari raya haji..
lyna: boleh berkenalan..?
syahrom: Salam tuan.. Ape Khabar? Harap success sokmo.
DON: SELAMAT BERNIAGA KEMBALI
kwn/dline: kenapa dengan Che Din..dah berenti buat Smart Naco ke?
din: SELAMAT HARI RAYA!!!
Rosnani: Leader Hebat. Terima kasih di atas sokongan dan tunjukajar yang diberi. Kita mesti terus bergerak untuk mencapai IMPIAN yang diimpikan..insyaAllah
Klik4Biz: SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN
3004: selamat hari raya adil fitri... maaf zahir batin.
klik4sihat: Just drop by. Tahniah tuan. Semoga terus berjaya menaikkan ekonomi ummah
team0202: SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI BUAT TUAN PD ASHRIEE...all the best...
Sophia: Terima kasih PD Ashriee kerana sudi berkunjung ke blog baru saya. Moga kita terus sukses bersama SST!
dinsmart: Assalamualaikum, Pak maaf ye tak dapat hadir kursus minda pada 23 & 24, terpaksa bertugas di Melaka pada hari tu.
Ashriee:: Terima kasih kepada semua kerana datang ziarah blog saya ini. Semoga kita success Insyaallah.
din: tahniah ^ all the best buat PD Ashriee
tok ralet: Hebat cucu tok ni.
Zalifa: Salam perkenalan dari saya. Semoga saya dapat mencontohi kehebatan PD Ashriee.
Che Din: Wah , lama benar En Ashriee ni bercuti , sampai tak sempat nak cerita perkembangan baru .. BRAVO
Fauzan: Tahniah! inilah contoh leader yg hebat, saya yakin PD Ashriee mampu membawa kejayaan kpd rakan niaga yg lain..saya kagumi semangat anda..teruskan perjuangan..
Normala: Tahniah PD Ashriee, anda seorang leader yang konsisten dan hebat. Pastinya kejayaan yg berterusan milik anda.
0123456789 ???: all the BEST...
DINSMART: Alamak!!! melepas aku nak joint TI Gold 50
123123: SELAMAT MAJU JAYA BUAT USAHAWAN SUSU..ALL THE BEST..TUAN ASHRIEE!!!
2403004: dlm mncari kesenangan @ kebahagian seseorang mesti gagal sekali dlm hidupnya,kerana dgn itu dia dpt tahu dimana letaknya kelemahan diri.(gagal sekali tak mngapa) cita-cita perlukan perjuangan,perjuangan mghendaki pengorbanan dan pergorbanan mghendaki ketabahan.biar poket kosong asal jIwa kaya,drpd poket pnh dgn wang ttpi otak kosong dgn ilmu... SELAMAT BERUSAHA DAN BERJAYA.

Please type in the four characters shown in the black box.

Friday, January 22nd 2010

11:00 AM

LAMA TAK UPDATE BLOG

  • Mood:

Assalamualaikum wbt,

Apa Khabar semua?. Aku Alhamdulillah sihat walafiat masih lagi dapat berada di muka bumi Allah yang maha luas yang tidak ada tandingan dengan makluk Allah yang lain. Lama aku tak update blog kesayangan aku ini selepas permasalahan perniagaan yang aku lakukan dan kata  orang tempoh bertenang. Muhasabah diri. tengok kemampuan diri sendiri, dekat mana tak kena, kesalahan yang dilakukan, lakukan pembetulan, set matlamat, pembaharuan, perancangan dan tindakan, fokus dalam keputusan yang dilakukan.

Alhamdulillah pengalaman kejatuhan didalam perniagaan banyak mengajar aku mengenai kehidupan. Kita manusia tidak ada kuasa langsung dari kaca mata Allah swt. Sebab itu janganlah kita berdabit dada, kita hebat, kita kuat dan kita berkuasa melakukan apa saja tanpa kita ingat bahawasanya ada kuasa yang maha hebat iaitu kuasa Allah swt yang mengatasi segala-galanya.

Semalam aku di Sungai Petani, biasalah appoitment dan sekarang ini aku dok fokus kepada Unit Trust Consultant bersama Public Mutual. Disamping itu secara online aku teruskan perniagaan MLM bersama Smartnaco dan GDI. Di Sungai Petani aku berjumpa kawan lama aku XTI Penang 84/85, Fuad dan Rizal. Alhamdulillah dorang dah pun berjaya dengan karier masing-masing, Fuad masih bekerja dan waktu yang sama menjadi kontruktor sambilan, manakala Rizal classmate dan roommate asrama dah pun 10 tahun terlibat dengan perniagaan printing di Sungai Petani. Petang ini aku ada appoitment dekat Tanjung Bunga dan malam ini Investment Talk dekat Butterworth Branch.

Oklah setakat ini dahulu kita jumpa lagi dimasa dan ketika.

Mohd Ashriee bin Abdul Razak (019-4725067)

0 Comments / Post Comment

Tuesday, March 3rd 2009

6:33 AM

MENILAI PERCAPAIAN

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Adakah kita selalu menilai setiap percapaian yang kita lakukan ?.  Adakah kita telah mencapai kejayaan ataupun kita belum mencapai apa yang sepatutnya telah dicapai. Sesuatu perkara itu tidak terjadi dengan sendirinya. Sudah tentu ada sebabnya yang sudah tentu kita kena semak kembali, apakah yang menyebabkan kita belum mencapai matlamat yang kita telah tetapkan.

Sebelum kita menilai downline kita, kita kena menilai dulu diri dan kerja kita. Mungkin kita cepat kecewa, mungkin kita belum 100 peratus percaya dan potensi perniagaan MLM, mungkin kita tidak memberi bimbingan ataupun mendublikasi downline kita dan sebagainya.

Kita janganlah mencari-cari kelemahan diri kita, kelemahan pihak syarikat, kelemahan downline kita, kelemahan upline kita dan sebagainya. Tetapi kita jangan lupa pula kelebihan yang ada pada diri kita, syarikat, sistem, produk, downline kita, dan sepatutnya kita gunakan sepenuhnya kelebihan yang ada itu.

Kita manusia takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Dan hendaklah kita menjangkakan yang baik-baik belaka sesuatu yang baik akan kita perolehi pada masa akan datang.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga  dalam menjadi Usahawan MLM boleh layari laman web  dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.smart-naco.com/ashriee/

0 Comments / Post Comment

Wednesday, February 25th 2009

12:01 PM

ADAKAH KITA TAHU KEDUDUKAN KITA SEKARANG

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Pulau Pinang mulai musim hujan setelah 2 bulan merasai musim panas tanpa ada hujan, menyebabkan pokok dan rumput kekuningan, daun luruh dimerata tempat. Bunga durian mengecut disebabkan kepanasan, dan sekarang ini memang musim pokok durian mula berbunga. Tak lama lagi Balik Pulau akan dipenuhi peminat durian, memang satu Malaysia tahu akan kehebatan durian Balik Pulau. Kedatangan hujan menyiram tumbuhan semula jadi anugerah daripada Allah swt dan sungai mulai dipenuhi dengan air yang bersih dan jerneh.

Dalam setiap perjalanan untuk mencapai impian kita, kita hendaklah selalu bermuhasabah setakat mana kita sekarang ini. Sebagai contohnya perjalanan kita daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, kita mestilah tahu dimana kedudukan kita sekarang samada semakin mendekati Kuala Lumpur ataupun sedang menuju semula ke Pulau Pinang.

Begitu juga kita didalam menjalankan perniagaan MLM, dimanakah kedudukan kita. Samada menuju ke peringkat seterusnya ataupun masih di peringkat berundur ke belakang. Setelah kita tahu kedudukan kita kita boleh mengatur langkah untuk mengubah keadaan. Jangan kita menjadi keadaan mengubah diri kita.

Sebagai contohnya kita bermatlamat untuk mencapai pendapatan RM5000 sebulan. Sudah tentu kita bertanya apakah perlu kita lakukan. Setelah kita bertanya apa yang perlu kita lakukan itu bermakna kita sudah tahu kedudukan kita sekarang bagi memastikan arah yang hendak dituju. Sebab itu kita sebagai usahawan MLM penyata bonus bulanan adalah sebagai peta untuk mengetahui kedudukan sekarang dan arah yang hendak dituju.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga  dalam menjadi Usahawan MLM boleh layari laman web  dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.smart-naco.com/ashriee/

www.kerjasendiri.net

 

0 Comments / Post Comment

Saturday, February 21st 2009

6:30 AM

LAMA TAK UPDATE BLOG

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Alhamdulillah sudah lama  aku tak update blog ini dan aku mohon maaf kepada yang selalu dok ziarah tetapi masih dok cerita lama sahaja. Hari ini aku berkesempatan juga untuk update blog ini. Sekarang kita sudah pun dipenghujung bulan Februari 2009, cepat sekali masa berlalu dah pun nak masuk bulan Mac 2009.  Dipenghujung bulan biasa lah check sales bagaimana perkembangannya samada semakin meningkat ataupun menurun. Kedua-duanya ada kebaikannya kalau meningkat kita mesti terus mempertingkatkan lagi dan berpanjangan sales tersebut.  MLM kita kena pastikan rangkaian kita juga meningkat sales mereka dengan konsep bantu-membantu supaya impian mereka juga tercapai.

Jika sales menurun so jangan la kita cepat give up, tetapi kita kena selesaikan permasalahan itu, dan buat kajian dan tindakan yang perlu kita lakukan. Mungkin kita kurang promosi, latihan, presentasi, perkongsian, follow up dan sebagainya, so bagi ruang bagaimana kita nak berfikir terutamanya dengan team bagaimana kita nak tingkatkan dengan sebaiknya.

Sekarang ini dimana-mana semua orang menyebut mengenai pembuangan kerja dan di Malaysia dah pun mencapai puluhan ribu orang. Ambilah peluang ini untuk kita memanjangkan bisnes kita yang terbukti boleh menjadi sebagai suatu kerjaya.  Jika kita tidak lakukan, orang lain akan terus lakukan dan akhirnya kita juga yang rugi. Kita sebagai usahawan yang sejati, ikhlas untuk memperjuangkan ekonomi terutama ekonomi orang Islam, ini adalah tanggungjawab kita untuk berkongsi dengan suasana yang ada sekarang. Ramai yang tertipu dengan perbagai skim-skim ataupun dijanjikan dengan keuntungan duitan semata-mata tanpa diberikan kesedaran mengapa kita perlu buat bisnes dan bagaimana bisnes yang sebenarnya yang perlu kita lakukan.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman  dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.smart-naco.com/ashriee/

 

0 Comments / Post Comment

Friday, January 30th 2009

7:07 AM

KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Kita sudah pun dipenghujung bulan Januari 2009, begitu cepat masa berlalu tetapi yang sudah berlalu kita tak boleh nak buat apa-apa lagi samada yang berlalu itu masa yang kita gunakan adalah  sebaiknya ataupun disebaliknya. Masa akan datang kita yang akan tentukan tetapi kita mestilah memilih kearah kebaikan.

Sekarang ni dimana-mana orang bercakap mengenai vss, shut down, cuti tanpa gaji dan pemberhentian kerja dan sebagainya. Terjadinya begini sudah tentu ada hikmahnya terutamanya supaya kita sentiasa beringat bahawa kita manusia ni tak dak sikit pun kuasa walaupun sekarang ini semua orang bercakap tentang teknologi yang luar biasa hebat yang kadang-kadang kita tak terfikir difikiran kita. Kita sanjung tinggi kuasa besar Amerika tetapi negara ini hampir muflis krisis kewangan. Sebab itu kita kena beringat kekuasaan Allah adalah segala-galanya, kita ni kecil jer disisi Allah swt.

Dalam keadaan sekarang  sudah menjadi tugas kita memberi peluang untuk masyarakat belajar untuk libatkan diri dalam perniagaan, apa saja jenis perniagaan. SST sudah tentu perniagaan multi level marketing. Suasana sekarang perbagai bentuk perniagaan timbul, ada perniagaan yang sebenarnya dan ada juga perniagaan yang ingin mengambil kesempatan dan penipuan terjadi. Kepada yang ingin mencuba mencari peluang berhati-hatilah jangan kita tersalah pilih dan akhirnya membuangkan masa kita dan wang yang kita laburkan sebagai modal. Rampai orang yang sudah pun terkena, lompat terus melompat, syarikat tutup, salah dari segi undang-undang negara, penipuan, tak dapat income, tak dak produk, main system untuk dapat duit dan sebagainya.

Kita kena fikir baik-baik, kita nak buat perniagaan menjadi usahawan adalah sebagai suatu kerjaya yang berpanjangan untuk menyara ahli keluarga kita. Halal dan haram kita kena ambil kira sebab untuk kehidupan kita dan ahli keluarga dimasa akan datang dan kehidupan di akhirat kelak. Buat apa duit banyak tetapi tak ada keberkatan, yang penting dalam kehidupan kita adalah keberkatan. Aku masih ingat lagi mak dan ayah aku menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji ke Mekah dengan duit tanam jagung jer. Itu yang dikatakan keberkatan…   

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/
0 Comments / Post Comment

Monday, January 5th 2009

5:36 PM

Tetapkan Matlamat

  • Mood: Alhamdulillah

Hari ini merupakan hari ke 6 di tahun 2009 aku berharap kita terus bersemangat di tahun baru ini. Di tahun 2009 aku telah pun menetapkan matlamat yang perlu aku capai dan matlamat itu aku tulis diatas kertas dan aku lekatkan pada diari harian aku supaya setiap hari dapat aku bacakan dan setkan dalam minda separa sedar. Matlamat aku di tahun 2009 memperolehi pangkat Smart President Director dan pada Jun 2009 pendapatan bulanan RM25,000 dan tour dekat Soul Korea.  

Matlamat merupakan satu perkara yang sangat penting tetapi aku percaya masih ramai diantara kita memandang remeh soal menetapkan matlamat diri. Orang akan kata angan-angan mat jenin la, bermimpi disiang hari la dan sebagainya. Tetapi jika kita membaca dan pengalaman orang yang berjaya penetapan set matlamat adalah suatu perkara pertama yang perlu kita tetapkan sebelum melakukan perancangan, strategi dan tindakan. 

Setelah kita setkan  matlamat, dikepala kita sentiasa bermain dalam fikiran maka satu per satu jalan untuk mencapai matlamat tersebut

muncul. Inilah yang dinamakan Law Of Attraction(LOA) dimana kita akan menarik sesuatu yang kita fikir berulang-ulang kali. Kita mampu melakukan dan percuma untuk kita setkan matlamat dan impian yang kita inginkan. 

Hari ini hari kedua aku dapat mengayuh basikal kata orang menjaga kesihatan dengan kaedah senaman mengeluarkan peluh. Badan rasa ringan sikit semasa cuti sekolah sebulan lebih aku tak berkesempatan langsung.. Dapat aku menatapi permandangan indah daerah Balik Pulau sawah padi yang menghijau.

Ok lah kita jumpa lagi, Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan.

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/

 

 

0 Comments / Post Comment

Friday, January 2nd 2009

7:13 PM

Azam dan Impian di Tahun Baru

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Hari ini sudah 2 Januari 2009…. kita telahpun berada di tahun baru M 2009 bersamaan hari yang ke 4 dalam tahun baru Islam, iaitu 4 Muharram 1430 Hijrah.

Saya percaya  kita semua mempunyai semangat baru, azam baru, cita - cita baru serta impian baru yang ingin dicapai dalam tahun baru ini. Ucapan tahniah !

Buat mereka yang masih tercari- cari apakah azam baru, segeralah bertindak dengan memikirkan apakah impian serta perkara yang ingin kita capai dalam tahun baru ini.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/
0 Comments / Post Comment

Monday, December 22nd 2008

6:41 AM

Pantang Mengalah

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Seminggu aku berada sekitar ibu negara Kuala Lumpur, meneruskan promosi dan menghadiri program latihan mempertingkatkan potensi diri. Perbagai aktiviti yang aku lakukan antaranya berjumpa prospek Mr Teo bersama Dinsmart di Kota Kemuning, Ghazali, Ari dan Rashidi di Kinrara, dan kesempatan ini juga aku dapat berjumpa sahabat lama aku dkt UTM dulu Shamsul Zakaria di DG Cafee Shah Alam 2 Puncak Alam Selangor.

Menghadiri program latihan dekat HQ Smartnaco bersama pemimpin Smart Success Team SPD Zul dan SPD Khairul Aza, begitu jaga rakan niaga yang masih setia bersama Smartnaco. Sebelum itu aku dan SPD Kaz dapat berbincang dengan pihak pengurusan Smartnaco En Azhar, Mr Lim, Mr Jeffery dan Mr Tan selaku MD Syarikat Smartnaco. Banyak upadate terbaru perkembangan syarikat yang makin terselah kehebatannya.

Kali ini juga 2 hari aku dapat mempromosikan  produk Smartnaco di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Pengalaman yang luar biasa dapat berjumpa dengan orang-orang yang sebelum ini aku dok nonton melalui TV jer, kali ini secara life. Dekat RTM juga aku dapat berjumpa sahabat lama semasa belajar dekat UTM dulu, Ahmad Mahir, dapat kita orang kongsi pengalaman kehidupan sekejab disebabkan beliau bertugas.

Kata daripada Thomas Edison ;

“Many of life's failures are men who did not realize how close they were to success when they gave up.”

“Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka sudah menghampiri kejayaan apabila mereka mengalah.”

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/

0 Comments / Post Comment

Sunday, December 14th 2008

9:36 PM

TANYA DIRI KITA?

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Dalam melakukan perniagaan kita perlu set minda terlebih dahulu agar sentiasa positif sebab minda yang positif merupakan faktor untuk memudahkan kita berjaya. Setelah setkan minda yang positif kita hendaklah melakukan dengan penuh ikhlas dan minat yang mendalam. Bukan semata-mata kerana wang, walaupun kita berniaga untuk menjana pendapatan tetapi jika kita cuma fokuskan wang semata-mata akhirnya kita akan kecewa disebabkan matlamat yang kita idamkan tak kesampaian. Pengalaman aku sendiri setelah aku melibatkan diri dalam perniagaan MLM bersama Smartnaco dibawah naugan Smart Success Team banyak aku belajar bermula daripada personality diri aku sendiri sehinggalah pengalaman aku untuk terus mengembangkan rangkaian ke luar negara. Semua ini adalah hasil daripada latihan dan tindakan yang aku lakukan sepanjang bersama dengan Smart Success Team bermula daripada tahun 2005.

Aku begitu ghairah untuk menghadiri latihan yang dijalankan walaupun latihan yang dijalankan bercakap benda yang sama 10 kali, 20 kali tetapi aku tetap menghadirinya. Menghadiri latihan sudah menjadi suatu habit ataupun keperluan pada diri aku walaupun jauh aku akan cuba menghadirinya.

Selanjutnya setelah kita setkan minda yang positif, kita hendaklah komitment dan berterusan melakukan bagi memastikan kita sentiasa tabah dalam mengharungi segala cubaan dan rintangan. Kita janganlah melakukan separuh jalan, dan pastikan segala tindakan yang dilakukan sehingga habis dan membuahkan hasil. Sebagai contohnya jika kita menanam benih, sudah tentu kita hendaklah terus menanam, membaja, menyiram dan menjaga sebaik mungkin supaya buah yang dihasilkan berkualiti sebagaimana kita inginkan.

Kita jangan cuba menyalahkan orang lain sebelum kita menyalahkan diri kita sendiri. Sejauhmana usaha yang kita lakukan bercerita kepada orang lain perniagaan yang kita jalankan. Sejauhmana promosi yang kita jalankan, adakah setiap hari kita hubungi pelanggan baru. Sejauhmana kita menghubungi rakaniaga kita memberi latihan kepada mereka?. Sejauhmana kita menghadiri latihan yang dijalankan untuk mempertingkatkan quality diri kita sendiri. Sejaumanan kita menggunakan produk yang kita pasarkan. Banyak lagi perlu kita bertanya diri kita sendiri, kelemahan diri kita sendiri, sebelum kita menyalahkan orang lain.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/

0 Comments / Post Comment

Thursday, December 11th 2008

2:32 AM

Semasa Aidil Adha

  • Mood: Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Hari ini sudah pun hari Khamis menghampiri pertengahan bulan Disember 2008 penghujung tahun. Begitu cepat masa berlalu Cuma kita yang menentukan samada kita menggunakan masa sepenuhnya kepada perkara-perkara yang berfaedah, yang mendatangkan hasil yang lumayan samada lumayan untuk hidup di dunia tambah-tambah lagi kehidupan di akhirat.

Hari Raya Aidil Adha ataupun Hari Raya Qurban telah pun berlalu, adakah kita mengambil iktibar daripada hari raya tersebut ?. Kita kosongkan fikiran kita dalam keadaan tenang kita merenung, memikir sejenak samada usaha yang kita lakukan sebelum ini adakah mebolehkan kita dipilih sebagai seorang yang berjaya ataupun sebaliknya. Adakah dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita selesaikan dengan sebaiknya?. Adakah kegagalan kita dalam usaha, kita tukarkan daripada  kepada kejayaan?. Berapa peratus usaha yang kita lakukan untuk kejayaan diri kita?. Ini adalah salah satu muhasabah yang aku dan kita semua harus lakukan jika kita ingin berjaya.

Aidil Adha tahun ini seperti biasa program tahunan di kampung aku sudah tentu ada majlis qurban diadakan. Tahun ini 6 ekor lembu dikorbankan, dan daging qurban diagihkan kepada orang yang memerlukan. Alhamdulillah ramai masyarakat kampung yang datang sama-sama bergotong-royong, mengorbankan 6 ekor lembu sehinggalah selesai pembahagian daging-daging korban dan diakhiri dengan kenduri aqiqah makan nasi dengan sup daging dicicah  dengan air asam. Sedappp…

Tapi kena la beringat biasa la setahun sekali dapat makan daging korban kita makan sampai berlebihan tanpa memikirkan permasalahan kesihatan. Jangan lupa makan green factor supaya perut kita diflush untuk buang toksin-toksin yang ada.

Di aidil adha ini juga aku dapat berkongsi bersama dengan kawan-kawan seangkatan yang pulang berhari raya di kampung. Kebanyakannya bercerita kilang nak kena shutdown yang panjang dihujung bulan ini. Ekoran kejatuhan ekonomi Amerika sudah tentu negara kita juga akan menerima bahangnya disebabkan kita masih banyak bergantung kepada eksport barangan keluar.

Ok  cukup disini, sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga aku dalam perniagaan MLM boleh layari laman aku dibawah dan beri maklumat diri anda.  Kita jumpa lagi dan Jumpa Anda di Puncak kejayaan.

 

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/

0 Comments / Post Comment